Thursday, 30 October 2014

Usah Buat Anak TERASA HATI dengan kita



Pertama sekali, posting ini hanya relevan buat mereka yang pernah TERASA hati dengan ibubapa mereka dan sebelum saya terus menulis, suka untuk saya terangkan bahawa kita hanyalah manusia biasa. Kita ada hati. Kita ada perasaan. Hati akan terluka. Perasaan akan kecewa.

Jadi tidak perlu sesiapa pun mengatakan bahawa anak yang terasa hati dengan ibu bapa sendiri ialah anak yang derhaka atau tidak mengerti pengorbanan ibu bapa dan sebagainya lagi. Saya dahulu selalu terasa hati dengan ibu bapa saya. Saya tidak malu untuk mengaku. Tidak penting pun.

Yang lebih penting lagi ialah PUNCA berlaku dan AKIBAT selepas berlakunya insiden terasa hati tersebut. Itu yang akan meningalkan kesan yang berpanjangan dalam hubungan antara anak dan orang tuanya.

Sebagai contoh, semasa kecil saya amat terasa hati dengan bapa saya. Saya 'marah' kerana bapa lebih 'mementing'kan orang lain daripada saya. Orang lain tersebut bermaksud mereka yang bukan keluarga. Intonasi suara abah dan layan diberikan kepada anak orang lain lebih lembut dan mesra berbanding yang diterima oleh saya dan adik beradik yang lain iaitu intonasi suara yang garang dan garau.

Saya berazam saya tidak akan buat begitu kepada anak2 saya. Alhamdulillah kesedaran itu ada dalam diri saya.

Tetapi sewaktu kecil, kesedaran itu tidak ada. contohnya setiap kali selepas dirotan atau dipukul oleh emak atau abah, saya akan berkecil hati. Saya akan rasa seolah-olah mereka bencikan saya. Perasaan itu saya simpan dalam hati. Akibatnya saya rasa seolah-olah diri tidak disayangi. Seolah-olah lebih baik mati.

Begitulah hebatnya akibat daripada perasaan TERASA HATI. Anak kecil memang tidak tahu apa. Anak kecil memang sensitif.

By the way, mengapa saya buat posting ini? Kerana malam tadi saya telah membuat anak saya TERASA HATI. Saya telah meninggikan suara kepada anak sulung saya, Aqil, yang membuatkan airmatanya meleleh.

Puncanya saya seolah-olah menyebelahi adiknya. Silap saya.

Saya dah tak pukul anak saya. Sudah lama. Nanti saya kongsikan kenapa. Tapi sekarang saya ingin mengingatkan diri saya dan pembaca blog ini agar bukan sahaja jangan memukul anak kita, tetapi usah juga buat dia TERAS HATI dengan kita kerana itu sama buruk kesannya terhadap anak kita.

Hati itu lembut. Sekali terguris, susah nak diubati. Parutnya akan kekal lama di situ. Jadi, ayuhlah berubah, jagalah hati anak kita. Ingatkan pasangan kita tentang ini juga.

Jom!


Abah Aqil,
30.10.2014

2 comments:

  1. saya bukan manusia sempurna. Dan saya kagum dan kadang2 cemburu dengan kematangan ibu bapa sekarang membesarkan anak2. kreatif dalam pendekatan. artikel tuan mematangkan saya dan menyedarkan saya yang saya pun salah seorg kanak2 yang tak faham dan keliru dengan cara ibu bapa saya membesarkan saya. dan pemahaman itu mula kukuh bila saya mengaplikasikan cara yang sama untuk mendidik anak2 saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih puan Syarifah. Saya dan isteri sekadar mencuba untuk menjadi ibu bapa terbaik. Saya mencuba menjadi bapa terbaik.

      Glad that my sharing boleh membantu sesiapa sahaja di luar sana.

      Jika puan ada perkongsian lain, bolehlah emailkan kepada saya. Personal stories or anecdotes maybe, yang boleh membantu orang lain pula.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...