Sunday 19 July 2015

Berhati-hati Jika Membeli Buku


Bagi saya, kalau kita tersalah pilih buku, umpama kita membiarkan anak kita mengikut "Ajaran Sesat".

Manalah tak sesat, bila apa yang diajar dalam buku tak mengikut sukatan pelajaran. 

Saya pernah bertanya soalan tentang buku-buku yang tidak mengikut sukatan pelajaran ni kepada guru pakar BI, pemeriksa kertas UPSR. Jawapan beliau memang logik dan amat masuk akal. 

Beliau kata "tiada kawalan" daripada sesiapa ke atas buku-buku yang diterbitkan. Penerbit hanya mementingkan keuntungan. Mereka tidak fikir langsung tentang kesan kepada pelajar. 

Contohnya buku di bawah ini....cuba anda tengok dan cari apakah KESALAHAN UTAMA yang ada dalam buku ini. 

Saya tidak mahu mengatakannya di sini, nanti jadi isu pula. Silap2 kena saman. Cuma saya nak ibu bapa cari sendiri, apakah yang SILAP. 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...