Saturday 13 December 2014

Teknik MAGIC STEPS untuk mengubah Sikap Malas Belajar anak menjadi Rajin


Di mana ANAK kita dalam Menuju KEJAYAAN dalam pelajaran?

Pertama, anak perlu jelas DEFINISI kejayaan. Ada 3 jenis KEJAYAAN seorang pelajar :
1) Kejayaan Terakhir = Masuk Universiti & dapat Ijazah dll
2) Kejayaan Tahap = Cemerlang dalam Peperiksaan Terdekat (cth: 5A UPSR)
3) Kejayaan Semasa = Buat KERJA HAKIKI seorang pelajar iaitu BELAJAR!

Contohnya, nombor 3, jika anak kita kata "Saya TAK NAK belajar", habislah cerita. Tak perlu diimpikan lagi Kejayaan 1 & 2. Kerana sebagaimana tugas hakiki Nelayan untuk menangkap ikan dan Mekanik untuk membaiki kereta, tugas Pelajar adalah untuk belajar!

Jadi, pastikan di anak tangga manakah anak kita berada, DALAM SETIAP AKTIVITI pembelajaran, PADA SETIAP HARI!!!

Ajak anak berfikir, KEJAYAAN adalah HASIL, bukan NASIB. Apa yang dia buat, itu yang dia akan dapat. Jika tidak buat apa2, hasil pun tentulah tidak ada apa2.

Selamat memotivasikan anak2 untuk belajar!

==================================

PRAKTIKAL Penggunaan Gambar ini :

Buat rakan2 yang bergelar IBU BAPA cemerlang, jom kongsi gambar ni dengan anak2.

Cetak, cipta satu aktiviti untuk capai/buat hari ni, tanya anak kita dia nak jadi yang mana, tulis nama dia kat anak tangga mana yang dia pilih, dan lekatkan kat dinding bilik dia. Then terus galakkan dia mulakan kerja untuk siapkan aktiviti tu.

Dia SIAP saje aktiviti tu, puji dia bagus/hebat sebab BERJAYA siapkan.

Aktiviti seterusnya pun buat lagi macam ni. Lepas 10 aktiviti disiapkan, berilah GANJARAN material kat dia, tapi jangan diberitahu akan diberi ganjaran. 9 ganjaran terdahulu berilah ganjaran emosi/fizikal macam pujian/pelukan dan sebagainya lagi.

In shaa Allah anak2 akan suka untuk BELAJAR

Saturday 22 November 2014

Ibubapa Mana Tak Teringin Anaknya Naik Pentas Pada Hujung Tahun?



Luahan Hati Seorang Ibu

Hari ini Fan Page Home Tutor dimulakan dengan luahan hati seorang ibu seperti berikut:

"Teringin nak pergi hari anugerah cemerlang... x pernah dapat jemputan... masa kecik2 dulu aruah mak tiap2 tahun tgk kita naik pentas... 
Bersabarlah wahai hati masanya akan tiba jua.... 
Sebak pulak.. huhuhu"

Komen saya terhadap luahan hati tersebut ialah seperti berikut:

"Syabas puan! Keinginan sebagai seorang ibu untuk MELIHAT kejayaan anaknya 'naik pentas' perlu ada, selain daripada kejayaan2 lain. Semua kejayaan perlu seiring. Tak boleh nak pujuk hati kita dengan mengatakan naik pentas itu tak penting, ada benda lain lebih penting. 

First, ibu bapa cemerlang MESTI TERINGIN. 

Second, ibu bapa bagitau anak tentang perasaan mereka. Agar anak juga terbit keinginan untuk cemerlang. 

Bukan dalam cara memaksa tetapi secara HALUS. 

Cth: "Abah masa darjah 1 dulu nakal tapi bijak. Abah tak belajar tapi cukup makan dapat masuk kelas pandai. Dalam kelas pandai semua pandai2 belaka. Takde chance lah abah nak dapat hadiah. Jadi makin nakallah abah. Tak pernah naik pentas untuk ambik hadiah. Naik darjah 4 abah jatuh kelas. Masa tu entah macam mana abah dapat no.3. Terus abah bersemangat nak lawan budak no.2. Pastu abah dapat no.2. Lepas tu nak lawan no.1. Hujung tahun abah dapat jugak no.1. Seronok betul dapat naik pentas. Yang paling sebak bila tengok Atuk dgn Nenek kamu datang tengok abah naik pentas. Bangga betul dorang. 

Abah pun nak tengok anak2 abah naik pentas, tapi abah sanggup tunggu MASA YANG SESUAI. Abah tak nak MEMAKSA. Tapi yang penting kena USAHA. 

Kita USAHA sama2 nak tak? 

TAK MUSTAHIL untuk naik pentas ni. Abah dah buktikan dulu. 

Kalau kita kat kelas bawah, lagi mudah. Macam abah, hehehe. 

Tapi itu cerita lain, dah masuk kelas pandai. Sekarang kita pastikan kita dapat naik pentas dulu. 

NAK TAK? 

Kalau Along dapat naik pentas, abah belanja pergi bercuti Sunway Lagoon, nak tak"

p/s: Itu hanya contoh perbualan. Boleh tukar skrip mengikut kesesuaian.

Selepas itu ibu bapa pun memberi pelbagai reaksi, yang rata2 saya boleh simpulkan bahawa setiap ibu bapa INGINKAN anak mereka cemerlang dalam pelajaran. 

Saya sendiri amat berharap anak dapat naik ke pentas sempena Hari Anugerah Kecemerlangan. Bukan kerana saya nak sangat mereka dapat hadiah, tapi kerana saya yakin mereka MAMPU naik. Saya yakin mereka DESERVED to be up there. 

Untung Anak Banyak

Anak-anak saya yang dah bersekolah agak rapat2. Yang sulong 11 tahun, yang ke-2 berumur 9 tahun dan yang ketiga 8 tahun.

Bila seorang tidak cemerlang, ada dua lagi sekurang-kurangnya boleh back up dan menjadi penyelamat.

Alhamdulillah tahun ini begitu juga. Si abang sulong hanya dapat SATU hadiah sahaja, adik kedua membolot beberapa hadiah dan yang ketiga dapat beberapa hadiah.

Pendeknya beberapa kali nama anak saya disebut dan lebih banyak kali nama saya disebut kerana mereka berbinkan saya, sehinggakan YDP PIBG perasan nama saya disebut banyak kali dan mengucap tahniah sewaktu kami terserempak semasa makan pagi keesokan harinya.

Dapat naik pentas BUKAN segalanya tetapi dapat naik pentas semestinya dapat menggembirakan dan membanggakan ibu bapa dan anak2 perlu tahu itu. 

Malahan sebaik sahaja naik ke atas kereta selepas majlis anugerah tersebut, saya secara halus memberitahu anak2, pasti ibu bapa yang anak mereka tidak dapat hadiah pada hari itu akan berasa sedih......dan betapa saya berharap agar mereka dapat naik pentas setiap tahun.

Dan tiba-tiba keluar luahan hati seorang ibu seperti di atas. Ternyata apa yang saya fikirkan bukanlah isolated case. Ibu bapa lain juga terfikir begitu. Betul tak?

Berikut ialah gambar2 di Hari Anugerah Kecemerlangan 2014 sekolah anak saya. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong, motivasi dan pemangkin ke arah kecemerlangan yang lebih banyak pada masa hadapan. Amiin. 
















Sesi Persekolahan 2014 Dah Berakhir Tapi Sesi 2015 SEBENARNYA BARU BERMULA!


Cuti Bukan Untuk BERCUTI SEMATA-MATA

Mungkin kejam bunyinya. Tapi itu hakikat.

Jika kita sebagai ibu bapa memberi GAMBARAN atau IDEA kepada anak2 kita bahawa cuti ini HANYA untuk bercuti, kita bakal menerima kejutan besar bila buka sekolah nanti.

  1. Hampir 50 hari TERBUANG begitu sahaja untuk mempersiap anak kita bagi menghadapi persekolahan tahun depan
  2. Akibatnya mereka KETINGGALAN berbanding rakan2 yang TERUS BELAJAR pada waktu cuti ini
  3. Sifat sambil lewa itu biasanya akan berpanjangan sehingga ke pertengahan tahun, yang akhirnya memudaratkan semua pihak kerana anak akan hilang keyakinan diri dan ibu bapa akan mula panik kerana anak masih belum bersedia. 

Jadi apa sebenarnya yang perlu kita buat semasa cuti ini?

At this point, suka saya nyatakan bahawa artikel ini lebih kepada persiapan anak untuk menghadapi peperiksaan utama dalam hidup mereka tahun hadapan.

Dalam kes saya, saya ingin mempersiap anak saya untuk UPSR 2015.


Dan........Alhamdulillah!!!

Hari ini hari PERTAMA cuti sekolah

Juga bermakna Hari Pertama dalam perjalanan anak2 2003 menuju UPSR 2015.

Tapi Hari PERTAMA sahaja anak saya dah bermula dengan Kem Motivasi. Bukan kem calang2, tapi anjuran tokoh motivasi terkenal, Tengku Asmadi.



Malam ini sepatutnya akan sudah nampak KESAN daripada Kem Motivasi Alihan Pelajar (MAP) tersebut, kalaulah bengkel ini sebagus yang diuar-uarkan.

Petang esok pula akan ada taklimat bersama ibu-bapa setelah MAP tamat. I'm really looking forward untuk hadir. Saya nak bantu sangat anak saya untuk berubah. Anak saya seorang yang bijak, cuma dia terlalu leka dengan games dan tiada matlamat yang jelas.

Diharap MAP dapat membantunya dan saya sendiri akan berdiri rapat di sebelahnya untuk membimbingnya sebagai tutor dan mentor.

In shaa Allah.

Selepas MAP, saya akan sambung semula MAGIC BOX pada hari Isnin.

Selepas itu MAGIC WALL juga akan bermula.

Then misi mencari kursus-kursus jangka pendek yang affordable tetapi berkualiti. Poket dah bocor akbat MAP ni (RM300 - RM30 = RM270) tetapi saya yakin MAP akan berbaloi!

In shaa Allah.





Abah Aqil,
22.11.14

Saturday 15 November 2014

TMMB - Rahsia Anak Bersemangat untuk Belajar kerana sekarang dia dah ada PURPOSE



*TMMB = Teknik Menetapkan Matlamat BerGAMBAR
BerGAMBAR means boleh dilihat atau VISIBLE dalam BI
Maka, BerGAMBAR sinonim dengan VISI

RAHSIA yang BUKAN RAHSIA

Rahsia tapi bukan rahsia? Macam mana tu?

Begini...teknik memotivasikan anak rajin belajar ini sering digunakan oleh pakar motivasi, tak kira dalam kursus strategi belajar atau kursus pekerja untuk orang dewasa atau apa2 kursus kecemerlangan.

Rahsia ini sebenarnya BUKAN RAHSIA.

Tetapi we always TAKE IT FOR GRANTED.

Kita buat2 tak nampak. Kita buat2 tak tahu. Seolah-olah tidak penting. Kita hanya nampak kepentingan teknik ini sewaktu kita sendiri diminta membuat exercise atau latihan kendiri tentang teknik tersebut.

Menetapkan MATLAMAT is the BIGGEST SECRET

Ya! Proses menetapkan matlamat ialan RAHSIA TERBESAR dan TEKNIK PALING UTAMA yang sering digunakan oleh pakar motivasi atau para bos atau majikan atau sesiapa sahaja yang bergelar PEMIMPIN yang ingin meningkatkan tahap kecemerlangan orang bawahan mereka.

Sebagai tutor, saya tidak pernah gagal menggunakan teknik ini pada hari pertama tutoring. Setiap tutee saya ada poster Matlamat mereka sendiri, seperti berikut:

Step 1 : Kenali Diri & Set Matlamat JaPen
seee
Step 2 : Hubungkait Matlamat JaPan, JaPer & JaPen

TETAPI..........sebagai bapa, saya sendiri GAGAL nampak rahsia ini. Saya gagal mengamalkannya dengan anak2 saya sendiri. Saya mengaku. Jadi hari ini saya telah TERSEDAR dan tanpa menunggu lebih lama, saya pun mulakan berkongsi dengan 3 orang anak lelaki saya tentang apa yang saya tahu.

Maka terhasillah Lembaran Matlamat seperti berikut:

Anak Tahun 5


Anak Tahun 3
Anak Tahun 2

TMMB = Teknik Menetapkan Matlamat Bergambar
*Gambar = boleh dilihat = Visible → VISI

 Pengisian Penetapan Matlamat

Apa yang kita nak anak kita fikirkan, kita yang tetapkan. Lain orang, lain matlamatnya. In other words, kita beri kebebasan untuk anak2 kita sasarkan apa yang dia hendak capai dalam hidup. Tapi kita jangan beri 100% kebebasasan. Kita perlu bimbing mereka.

Lebih penting daripada itu, kita pastikan mereka sedar tentang 3 jenis matlamat:


  • Jangka Panjang
  • Jangka Pertengahan
  • Jangka Pendek


Dan yang TERPENTING untuk melihat hubungkait antara tiga jenis matlamat tersebut dan keperluan untuk memberi fokus terhadap matlamat jangka pendek .

Juga penting untuk tekankan bahawa matlamat biar jelas tetapi tidak finalised. Maknanya matlamat boleh berubah dan bertambah. Tetapi matlamat utama yang satu atau dua tidak boleh berubah. Matlamat2 kecil boleh diubah-suai dan di-UPGRADE.


KENAPA perlu ada MATLAMAT?

Soalan ini tak perlu dijawab terus sebenarnya. Tidak challenging. Tidak fun. Saya sendiri bila saya tanya anak2 soalan ini, mereka tak boleh jawab. Mereka tak faham sebenarnya. Mereka belum nampak. Jadi saya gunakan analogi, perbandingan antara dua orang budak.

Seorang nak panjat gunung. Seorang nak mandi lombong.

Kemudian saya ceritakan tentang KAITAN di antara cerita 2 orang budak tersebut dengan penetapan matlamat. Cerita biasa2 sahaja tetapi in shaa Allah anak2 terhibur dan isi yang nak disampaikan pun sampai ke minda mereka.

Jika anda berminat untuk tahu cerita tersebut, kaitan cerita tersebut dengan tajuk penetapan matlamat, sila komen di bawah ya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. .



Signed,
HT Amir
15.11.2014

Wednesday 12 November 2014

Rahsia MAGIC BOX untuk Buat Anak Belajar Tanpa Disuruh

My kids' Magic Boxes
MAGIC BOX Pencetus Minat
Objektif : untuk buat anak BUAT LATIHAN selalu, tanpa disuruh a.k.a. RAHSIA Kotak Ajaib!

AMARAN : Buat permulaan, selama sekurang-kurangnya 21 hari atau sehingga 44 hari, anak PERLU DIAJAK DUDUK BELAJAR BERSAMA-SAMA IBU/DIPANTAU supaya mengikut sistem ini.

In Shaa Allah selepas itu anak akan buat sendiri tanpa disuruh.

A) Apakah itu Kotak Ajaib?

Sebuah kotak plastik yang berisi buku latihan WAJIB HARIAN untuk 4 subjek teras iaitu BM, BI, MATHS, SCIENCE

B) Apakah Saiz Kotak Ajaib?

Tidak terlalu nipis, tidak terlalu tebal
Seelok-eloknya yang jenis lutsinar, supaya boleh nampak isi di dalam.

C) Apakah Prasyarat sebelum Penggunaan Kotak Ajaib?

Ibu bapa perlu beri preview kepada anak tentang kepentingan ilmu. Cth: Kalau ada ilmu, dah masuk universiti, selepas itu nak jadi apa pun boleh. Kalau nak jadi professional macam doktor dan peguam, bagus. Nak berniaga pun bagus. Nak jadi doktor yang berniaga lebih bagus. Nak kerja apa pun bagus, asalkan kerja yang professional, yang boleh membantu orang lain, yang dapat menambah nilai hidup orang lain. Kerana jika kita bantu orang lain, Allah akan bantu kita melalui orang lain pula.

So yang penting, tanamkan dalam diri anak untuk nak masuk Universiti sekurang-kurangnya. Macam mana? Ada banyak cara. Anda sendiri boleh bagi idea kat ruangan komen nanti.

Dah tanamkan idea ttg universiti, bgtau pula nak masuk universiti cara mudah atau susah? Cara susah maknanya dah form 5 nanti baru belajar mati-matian. Cara mudah, dari sekarang belajar sikit demi sedikit.. Be consistent. Kalau dapat results bagus, boleh masuk sekolah bagus. Di sekolah bagus, dapat guru yang bagus2. Di sana semua dipermudahkan in shaa Allah.

D) Apakah CARA penggunaan Kotak Ajaib ?

Ada banyak cara. Yang penting, anak kena buat setiap subjek at least satu muka surat sehari. Dia mesti enjoy buat latihan tu. Dia mesti faham, Dia mesti rajin bertanya.

Ada banyak cara nak bagi mrk buat semua tu. Anda kena kreatif.

Bagi saya, untuk MEMULAKAN MB untuk Tahun 6, gunakan buku Soalan Percubaan Terengganu.
Kenapa buku Terengganu? Boleh klik pada link tersebut.

Cara menggunakannya adalah begini :

1. Peruntukkan SEJAM sehari untuk buat MB
2. 40 minit soalan Objektif, 20 minit soalan Subjektif
3. 40 minit itu, buat beberapa Pusingan/Rounds buku BM, BI, MATHS & SAINS. Di mana setiap round, buat SATU MUKA SURAT sahaja. Kebiasaannya anak boleh buat 2 rounds. Soalan Subjektif Maths & Sains termasuk dalam 40 minit ini.
4. Baki 20 minit, gunakan untuk jawab soalan Subjektif BM atau BI.

Lakukan RUTIN ini sekurang-kurangnya 21 HARI sehingga 44 hari, TANPA TERTINGGAL. Sekiranya selepas 44 hari buat setiap hari tanpa gagal, anak anda masih tidak suka MB, maksudnya tidak boleh mengamalkannya TANPA DISURUH, MB tidak sesuai untuknya.

Tetapi pada minggu pertama, ibu bapa mesti duduk sebelah anak, buat bersama-sama dgnnya, untuk dia explore dan appreciate the magic of MB. Minggu kedua dah boleh biar dia buat sendiri tetapi masih perlu disuruh.

Minggu ketiga ingatkan sahaja. Minggu ke-4 ke atas in shaa Allah dah jadi automatik. Atau masih perlu diingatkan.

Selepas 44 hari, please SHARE hasilnya di bawah ini, di ruangan komen.

Selamat Mencuba!


E) Contoh Sebenar Mereka Yang Telah Menggunakan Magic Box





F) Kemajuan Dalam Pelajaran Ada Banyak Faktor

Memang ada banyak faktor seperti faktor guru, pelajar sendiri, pemakanan, kesihatan dan lain-lain. Tetapi Magic Box yang digunakan oleh anak2 saya sememangnya memainkan peranan serba-sedikit.

Contohnya anak ke 3 saya, results exam ada peningkatan ketara. Results belum keluar habis lagi.
Saya highlight pada BI sebab memang saya fokus pada BI lebih sedikit.
Tapi daripada apa yang nampak, ada banyak improvement.
Hasil Magic Box juga rasanya.
Walaupun anak saya yang 2006 ni PALING LEMAH di antara 3 yang dah bersekolah.


G) Berita Terkini tentang Magic Box

G1 : Bukan sahaja anak yang nak exam yang boleh dibuat MB. Sepatutnya semua anak dibuatkan MB agar Budaya Cinta Akan Ilmu dan Cinta Latih Tubi berakar umbi dalam diri dan sanubari anak kita.
Buat MAGIC BOX untuk anak yg di Tahun 4
Di kantin sekolah tgh tadi
Bangga dia
Kawan2 berkerumun nak tengok
Apa abah dia buat dgn dia
MAGIC BOX ni dah terbukti
Berkesan mengikis rasa malas anak nak belajar
But where is the magic?



Itu sahaja.

Sila komen jika anda berminat mengunakan Magic Box ini dan kongsikan hasilnya nanti.

SELAMAT MENCUBA!

======================================================================
UPDATE: 15hb April 2016
=====================
Kini Magic Box dah ada 2 jenis:

1) Magic Box Manual (seperti dalam penerangan di atas)
2) Magic Box Online (akan diterangkan di bawah ini)

======================================================================
UPDATE: 2hb Mei 2016
===================
BERITA BAIK!!!
=============
Kini ibu bapa boleh BELI SET MAGIC BOX MANUAL (MBM) untuk dihadiahkan kepada anak-anak!!!
=================================================


Saya dapati banyak ibu bapa yang suka dengan teknik belajar menggunakan Magic Box. Ramai yang dah baca blog saya tentang Magic Box ni. Tapi mereka TAK SEMPAT nak beli kotak, tak sempat nak cari buku sesuai dan berkuali, dan tak sempat nak bimbing anak di rumah untuk 'membuat' MB ni di rumah.

Akibatnya, ibu bapa tak buat Magic Box untuk anak walaupun bagus. Akhirnya anak yang rugi kerana tidak mendapat peluang untuk berubah melalui penggunaan Magic Box. Oh ya, betul ke Magic Box ni hebat sangat? Betul ke anak akan berubah jadi lebih Minat, Rajin, Seronok & Bijak (MRSB) Belajar lepas gunakan Magic Box ni? Kalau ibu bapa tanya ya, sudah tentu saya akan jawab YA. Tapi apa kata ibu bapa cuba sendiri. Tak rugi apa pun, duit yang dikeluarkan dapat buku untuk anak pun.

Setakat ini, hanya pelajar-pelajar yang pernah hadir Bengkel Bijak Belajar 1 saya sahaja yang amalkan Magic Box. Itupun ada yang tidak konsisten kerana sebaik sahaja mereka balik ke rumah, mereka LUPA tentang KEAJAIBAN Magic Box. Tiada sesiapa nak mengingatkan mereka.

Jadi saya mendapat idea untuk membantu ibu bapa tersebut. Dengan cara ini, mereka yang tak pernah hadir Bengkel Bijak Belajar (BBB1 dan BBB2) juga boleh mendapat peluang untuk tahu apa itu Magic Box, tahu cara yang betul untuk menggunakannya dan berpeluang BERUBAH menjadi Pelajar Cemerlang selepas menggunakannya. Oleh kerana ibu bapa yang membelikannya melalui saya, dan ada PANDUAN daripada saya tentang cara-cara nak menggunakannya, in shaa Allah tiada lagi kes LUPA tentang KEAJAIBAN Magic Box ini.

Buat masa ini, tawaran jualan Magic Box Manual ini terhad kepada pelajar Tahun 4, 5 & 6 sahaja buat masa ini.

Set Magic Box Manual bermaksud PANDUAN KHAS tentang CARA MEMBUAT DAN MENGGUNAKAN MAGIC BOX RAHSIA MINAT BELAJAR DI RUMAH.

Panduan yang TIDAK KHAS bermaksud ibu bapa boleh baca dari blog saya bagaimana untuk membuat Magic Box Manual.

PANDUAN KHAS bermaksud saya sediakan buku--buku dan kotak plastik, saya beri panduan bergambar tentang bagaimana nak menukar kotak plastik menjadi Magic Box Manual dan yang paling berbaloi, saya beri panduan terperinci bagaimana nak MENGGUNAKAN Magic Box Manual setiap hari.

Berapa harganya? Ada DUA Pakej Harga iaitu :

a) Pakej MBM INTRO (4 buah buku) = RM50
---------------------------------------------------------
Adalah pengenalan kepada konsep Magic Box. Buku di dalamnya adalah buku yang tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah.

Ada 4 buah buku BM BI MATH SC sahaja, terbitan Penerbit MyBooks.

b) Pakej MBM PREMIUM (6 buah buku) = RM66 atau RM77 atau RM88
------------------------------------------------------------------------------------------
Dijual pada 3 harga berbeza kerana bergantung pada jenama buku di dalam MBM tersebut. Contohnya, harga RM88 kerana mengandungi 6 buah buku yang mahal seperti buku Terengganu:

Contoh Pengiraan Kos Bahan MBM Premium buku Terengganu
-----------------------------------------------------------------------------
Sebuah buku RM8.90 x 6 buah = RM53.40
Poslaju = RM9.50
Plastic folder = RM7.10
JUMLAH Bahan Sahaja = RM70.00

Diharap agar ibu bapa tidak melihat pada nilai bahan sahaja kerana itu belum termasuk "nilai" PANDUAN BAGAIMANA MEMBUAT DAN MENGGUNAKAN MAGIC BOX DI RUMAH yang saya akan berikan untuk ibu bapa untuk memulakan Projek MBM bersama anak di rumah.

Sekiranya KOS menjadi isu, saya sarankan ibu bapa bermula dengan MBM INTRO dan selepas itu membeli sendiri buku-buku yang mahal untuk meneruskan Projek MBM ini.

Jika anda berminat untuk membeli MBM Intro atau Premium, sila WhatsApp "Nak MBM" kepada saya di 011-2882 0890

♥ WhatsApp "Nak MBM" kepada saya di 011-2882 0890
♥ WhatsApp "Nak MBM" kepada saya di 011-2882 0890
♥ WhatsApp "Nak MBM" kepada saya di 011-2882 0890

Tuesday 11 November 2014

Ibubapa PATUT mengamalkan Teknik Nabi Mendorong Pelajar Corot di rumah!


Teknik Nabi memang berkesan!

Sejak mengamalkan ilmu Mendorong Pelajar Corot menggunakan Teknik Nabi yang saya belajar, beberapa perkara berikut saya nikmati: 


1) Hidup lebih tenang, tanpa stress sebab tidak sekali pun terpaksa meninggi suara kepada anak-anak.

2) Anak2 sudah mula buat kerja rumah dan sekolah tanpa perlu disuruh berkali-kali.

3) Lebih banyak kerja dapat diselesaikan dengan bantuan checklist di whiteboard. Anak2 teruja dapat tick 'done' pada list tersebut!

To be continued.....

Monday 10 November 2014

5 Kesilapan Utama Ibu Bapa Dalam Hal Pendidikan Anak

Rajah 1 : Saya Pun TERSILAP. Saya bertekad untuk UBAH 1A 4B ini kpd 5A.
5 Kesilapan Utama Ibu Bapa Dalam Hal Pendidikan Anak


Kesilapan 1 - 'MENYURUH' anak Belajar

Kita sering memberi ARAHAN kepada anak untuk belajar sedangkan sepatutnya kita duduk sekali dengan anak.

Anak bukannya robot. Dia punya perasaan. Dia ingin dibimbing bukan diherdik.


Kesilapan 2 - 'PERCAYA' cakap Anak yang dia FAHAM

Kita sepatutnya TIDAK PERCAYA anak bulat-bulat jika dia kata dia faham. Kita sepatutnya mengambil langkah-langkah untuk menguji kefahaman dia seperti berikut :

a) BM - Tanya soalan2 tatabahasa setiap hari dan rangka karangan setiap 3 hari
b) BI - buat Spelling setiap hari
c) Maths - tanya sifir & formula
d) Sains - buat eksperimen mudah dengan anak, di rumah

Paling mudah, hantar tuisyen dan pantau result tuisyen. Next, pantau result exam seperti dalam Rajah 1. Boleh juga subscribe online tutorial.


Kesilapan 3 - MENANGGUH Dapatkan BANTUAN

Kita sering delay tindakan yang melibatkan hal pendidikan anak, menunggu masa yang SESUAI kononnya. Akhirnya langsung tak buat. Contohnya kita delay masa mengambil home tutor untuk subjek BI sedangkan kita dapat rasakan yang BI anak kita lemah.

Membiarkan anak terus tidak faham dalam pelajarannya umpama melihat bangunan pejabat kita sedang terbakar dan tidak menelefon 'bomba' untuk 'memadamkan' api kebakaran tersebut.

'Menelefon" umpama usaha kita. Manakala 'bomba' pula umpama tutor atau pakar motivasi atau orang luar yang dapat "mengubah" anak dari "dalam minda dan rohaninya".


Kesilapan 4 - TIDAK YAKIN Dengan Kebolehan Anak

Jauh di lubuk hati kita sendiri TIDAK YAKIN yang anak kita PANDAI. Kita tidak yakin dia boleh berjaya, kerana kita melihat prestasi lampaunya.

Contohnya sejak Tahun 4 anak kita tak pernah dapat 5A, jadi bila masuk Tahun 6, kita tidak yakin anak kita boleh dapat 5A, sedangkan masih ada 9 bulan untuk bersedia!


Kesilapan 5 - TERLEWAT menyedari 4 Kesilapan di atas

Kita tidak mengendahkan signals dan clues seperti artikel ini yang cuba mengingatkan kita yang anak kita juga dilahirkan BIJAK. Anak kita juga PANDAI. Anak kita juga BERPOTENSI untuk jadi pelajar terbaik.

Lagi sebulan nak UPSR/PT3/SPM nanti baru kita sibuk nak pressure anak kita, suruh dia belajar 24 jam 7 hari seminggu. Baru kita nak padamkan kebakaran di minda anak kita! Kita ulang semula Kesilapan No 1!!!!

Akhirnya anak terus hilang semangat kerana dia sendiri rasa dirinya TAK BOLEH!

Beberapa bulan selepas keputusan peperiksaan sudah keluar, jangan marah jika anak menyalahkan kita kerana tidak berusaha sedaya mungkin kita untuk 'membantunya' berjaya dalam pelajaran.

Saya sendiri sebenarnya TERSENTAK kerana anak saya menyalahkan saya yang tidak cukup mengajarnya BI.

Saya mengaku. Lebih banyak masa saya diperuntukkan untuk mengajar anak orang lain. Untuk mengejar duit. Sehinggakan anak sendiri terabai. Akibatnya graf seperti di atas.

Jadi tahun depan saya akan peruntukkan masa untuk anak sendiri juga.

Itu azam dan tekad saya.

Apa azam anda?



Abah Aqil,
10 Nov 2014

p/s: Sesiapa yang nak EXCEL TEMPLATE untuk pantau results exam anak macam saya buat ni, tinggalkan email di ruangan KOMEN ya.

Saturday 8 November 2014

Rahsia Para Ibu Terbaik Berbelanja Dapur Hanya RM10 Sehari


Bulat Air Kerana Pembetung, Bulat Manusia Kerana Muafakat

Benarlah kata-kata peribahasa Melayu tersebut.

Saya telah saksikan sendiri kerjasama tersebut dibuat oleh para ibu di kawasan tempat saya tinggal di Kepong ini. Ya! Kerjasama ini berlaku di Kuala Lumpur. Memang mengejutkan. Sememangnya TIDAK MUSTAHIL. Memang agak sukar tetapi tidak mustahil.

Konsep yang sama digunakan di kampung-kampung sewaktu menganjurkan kenduri kahwin. Banyak kos utama seperti masakan dan khemah dapat dikurangkan dengan bekerjasama.

Itulah rahsianya.

Alangkah bagusnya jika lebih banyak para ibu bapa yang menggunakan formula ini.

Kita bagaimana? Boleh tak kita cari jiran yang sanggup bekerjasama dan memulakan Projek Lauk Jiran Tetangga seperti ini?

Cuba komen jika anda pernah terjumpa projek yang serupa.

Saya suka nak tahu di mana.



Abah QilMarManZib,
8.11.2014

Didenda Ganti Buku Teks Menyebabkan Aku Mula Simpan rekod Penerimaan dan Pemulangan Buku2 Tersebut

Foto 3.1 - Senarai Semak Buku Teks

Serik Didenda

Tahun lepas saya terpaksa ganti beberapa buah buku teks untuk 2 orang anak. Terasa membebankan kerana pada waktu itu duit memang kurang. Kadang2 memang tiada duit. Kerana kerja pun tiada waktu itu. Jadi pengalaman itu memang memeritkan.

Jadi saya bertekad untuk TAK MAHU DIDENDA lagi.

Langkah yang boleh dibuat ialah membuat senarai buku yang diterima, tangkap gambar dan monitor kuantiti buku tersebut hampir setiap bulan. Maka terhasillah borang semak senarai buku teks seperti dalam gambar di atas.

From time to time just buat spot check. Kekadang sebulan sekali. Kekadang terlupa nak periksa. Tapi memang ada buat. Minta anak tunjuk buku2 tersebut. Baru mereka nampak yang kita CARE dan buat mereka terfikir dan sedar yang buku teks itu penting untuk dijaga, untuk dielak daripada GHAIB entah ke mana.

Biarlah apa orang kata tentang tak elok buat spot check kat anaklah, macam polislah dan macam2 lagi. Saya KENA buat untuk pastikan tiada buku yang hilang.


Gambar Sebagai Bukti

Alhamdulillah tahun ini kedua-dua anak yang di Tahun 2 dan 3 lengkap buku mereka. Tidak hilang lagi.

Gambar diambil sebagai bukti peribadi yang buku2 itu cukup untuk dipulangkan kepada pihak sekolah.

Foto 3.2 - Buku Tahun 2 untuk dipulangkan
Foto 3.3 - Buku Tahun 3 untuk dipulangkan
Foto 3.4 - Buku Tahun 5 untuk dipulangkan

Foto 3.5 - Buku Tahun 5 bersama checklist

Semua dah selesai.

Alhamdulillah. .



Abah QilMarManZib,
8.11.14

p/s: Sesiapa yang nak template file excel untuk monitor senarai buku teks anak boleh tinggalkan email di ruangan Komen ya. 


Thursday 30 October 2014

Usah Buat Anak TERASA HATI dengan kita



Pertama sekali, posting ini hanya relevan buat mereka yang pernah TERASA hati dengan ibubapa mereka dan sebelum saya terus menulis, suka untuk saya terangkan bahawa kita hanyalah manusia biasa. Kita ada hati. Kita ada perasaan. Hati akan terluka. Perasaan akan kecewa.

Jadi tidak perlu sesiapa pun mengatakan bahawa anak yang terasa hati dengan ibu bapa sendiri ialah anak yang derhaka atau tidak mengerti pengorbanan ibu bapa dan sebagainya lagi. Saya dahulu selalu terasa hati dengan ibu bapa saya. Saya tidak malu untuk mengaku. Tidak penting pun.

Yang lebih penting lagi ialah PUNCA berlaku dan AKIBAT selepas berlakunya insiden terasa hati tersebut. Itu yang akan meningalkan kesan yang berpanjangan dalam hubungan antara anak dan orang tuanya.

Sebagai contoh, semasa kecil saya amat terasa hati dengan bapa saya. Saya 'marah' kerana bapa lebih 'mementing'kan orang lain daripada saya. Orang lain tersebut bermaksud mereka yang bukan keluarga. Intonasi suara abah dan layan diberikan kepada anak orang lain lebih lembut dan mesra berbanding yang diterima oleh saya dan adik beradik yang lain iaitu intonasi suara yang garang dan garau.

Saya berazam saya tidak akan buat begitu kepada anak2 saya. Alhamdulillah kesedaran itu ada dalam diri saya.

Tetapi sewaktu kecil, kesedaran itu tidak ada. contohnya setiap kali selepas dirotan atau dipukul oleh emak atau abah, saya akan berkecil hati. Saya akan rasa seolah-olah mereka bencikan saya. Perasaan itu saya simpan dalam hati. Akibatnya saya rasa seolah-olah diri tidak disayangi. Seolah-olah lebih baik mati.

Begitulah hebatnya akibat daripada perasaan TERASA HATI. Anak kecil memang tidak tahu apa. Anak kecil memang sensitif.

By the way, mengapa saya buat posting ini? Kerana malam tadi saya telah membuat anak saya TERASA HATI. Saya telah meninggikan suara kepada anak sulung saya, Aqil, yang membuatkan airmatanya meleleh.

Puncanya saya seolah-olah menyebelahi adiknya. Silap saya.

Saya dah tak pukul anak saya. Sudah lama. Nanti saya kongsikan kenapa. Tapi sekarang saya ingin mengingatkan diri saya dan pembaca blog ini agar bukan sahaja jangan memukul anak kita, tetapi usah juga buat dia TERAS HATI dengan kita kerana itu sama buruk kesannya terhadap anak kita.

Hati itu lembut. Sekali terguris, susah nak diubati. Parutnya akan kekal lama di situ. Jadi, ayuhlah berubah, jagalah hati anak kita. Ingatkan pasangan kita tentang ini juga.

Jom!


Abah Aqil,
30.10.2014

Tuesday 28 October 2014

Assalamualaikum

Salam Sejahtera pembuka kata

Semoga anda yang membaca blog ini berada dalam perlindungan Ilahi. Semoga kita berada dalam perlindungan Ilahi senantiasa.

Blog ini bertujuan untuk berkongsi ilmu saya yang umpama setitik air berbanding air di 7 lautan. Walaupun sedikit, saya percaya sepenuhnya bahawa dengan berkongsi, saya akan lebih sedar akan kekurangan saya, dan akan berusaha untuk menambahkannya. Oleh itu kita sama2 akan bermanfaat.

Saya akan berusaha untuk menjadi lebih baik dan anda akan dapat mengambil apa2 maklumat yang berguna untuk diri anda dan anak2 anda serta keluarga anda.

Lebih baik lagi jika kita dapat berkawan. Kawan akan menegur kawan. Memperbetul kesilapan kawan, Jadi sekiranya ada coretan saya yang salah, pohon ditegur. Pohon diperbetul. Saya hanya manusia manusia. Tidak lepas daripada melakukan kesilapan. In shaa Allah saya akan terima segala teguran.

Jadi, dengan lafaz Bismillah, saya berdoa agar Blog ini bakal menjadi titik tolak perubahan dalam hidup saya dan hidup anda juga....menuju kehidupan sebagai ibu atau ayah yang lebih baik .

Amin.


Dari meja seorang ayah kepada 4 hero yang bernama Aqil, Ammar, Arman dan Azib,
Kepong
28.10.2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...