Thursday, 30 October 2014
Usah Buat Anak TERASA HATI dengan kita
Pertama sekali, posting ini hanya relevan buat mereka yang pernah TERASA hati dengan ibubapa mereka dan sebelum saya terus menulis, suka untuk saya terangkan bahawa kita hanyalah manusia biasa. Kita ada hati. Kita ada perasaan. Hati akan terluka. Perasaan akan kecewa.
Jadi tidak perlu sesiapa pun mengatakan bahawa anak yang terasa hati dengan ibu bapa sendiri ialah anak yang derhaka atau tidak mengerti pengorbanan ibu bapa dan sebagainya lagi. Saya dahulu selalu terasa hati dengan ibu bapa saya. Saya tidak malu untuk mengaku. Tidak penting pun.
Yang lebih penting lagi ialah PUNCA berlaku dan AKIBAT selepas berlakunya insiden terasa hati tersebut. Itu yang akan meningalkan kesan yang berpanjangan dalam hubungan antara anak dan orang tuanya.
Sebagai contoh, semasa kecil saya amat terasa hati dengan bapa saya. Saya 'marah' kerana bapa lebih 'mementing'kan orang lain daripada saya. Orang lain tersebut bermaksud mereka yang bukan keluarga. Intonasi suara abah dan layan diberikan kepada anak orang lain lebih lembut dan mesra berbanding yang diterima oleh saya dan adik beradik yang lain iaitu intonasi suara yang garang dan garau.
Saya berazam saya tidak akan buat begitu kepada anak2 saya. Alhamdulillah kesedaran itu ada dalam diri saya.
Tetapi sewaktu kecil, kesedaran itu tidak ada. contohnya setiap kali selepas dirotan atau dipukul oleh emak atau abah, saya akan berkecil hati. Saya akan rasa seolah-olah mereka bencikan saya. Perasaan itu saya simpan dalam hati. Akibatnya saya rasa seolah-olah diri tidak disayangi. Seolah-olah lebih baik mati.
Begitulah hebatnya akibat daripada perasaan TERASA HATI. Anak kecil memang tidak tahu apa. Anak kecil memang sensitif.
By the way, mengapa saya buat posting ini? Kerana malam tadi saya telah membuat anak saya TERASA HATI. Saya telah meninggikan suara kepada anak sulung saya, Aqil, yang membuatkan airmatanya meleleh.
Puncanya saya seolah-olah menyebelahi adiknya. Silap saya.
Saya dah tak pukul anak saya. Sudah lama. Nanti saya kongsikan kenapa. Tapi sekarang saya ingin mengingatkan diri saya dan pembaca blog ini agar bukan sahaja jangan memukul anak kita, tetapi usah juga buat dia TERAS HATI dengan kita kerana itu sama buruk kesannya terhadap anak kita.
Hati itu lembut. Sekali terguris, susah nak diubati. Parutnya akan kekal lama di situ. Jadi, ayuhlah berubah, jagalah hati anak kita. Ingatkan pasangan kita tentang ini juga.
Jom!
Abah Aqil,
30.10.2014
Tuesday, 28 October 2014
Assalamualaikum
Salam Sejahtera pembuka kata
Semoga anda yang membaca blog ini berada dalam perlindungan Ilahi. Semoga kita berada dalam perlindungan Ilahi senantiasa.
Blog ini bertujuan untuk berkongsi ilmu saya yang umpama setitik air berbanding air di 7 lautan. Walaupun sedikit, saya percaya sepenuhnya bahawa dengan berkongsi, saya akan lebih sedar akan kekurangan saya, dan akan berusaha untuk menambahkannya. Oleh itu kita sama2 akan bermanfaat.
Saya akan berusaha untuk menjadi lebih baik dan anda akan dapat mengambil apa2 maklumat yang berguna untuk diri anda dan anak2 anda serta keluarga anda.
Lebih baik lagi jika kita dapat berkawan. Kawan akan menegur kawan. Memperbetul kesilapan kawan, Jadi sekiranya ada coretan saya yang salah, pohon ditegur. Pohon diperbetul. Saya hanya manusia manusia. Tidak lepas daripada melakukan kesilapan. In shaa Allah saya akan terima segala teguran.
Jadi, dengan lafaz Bismillah, saya berdoa agar Blog ini bakal menjadi titik tolak perubahan dalam hidup saya dan hidup anda juga....menuju kehidupan sebagai ibu atau ayah yang lebih baik .
Amin.
Dari meja seorang ayah kepada 4 hero yang bernama Aqil, Ammar, Arman dan Azib,
Kepong
28.10.2014

Thursday, 16 October 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)