Monday, 7 November 2016

Kelab Ibu Bapa Anaklahir Duaribulima (KIBAD05) - Sejarah, Perkembangan dan Pencapaian


Buat pertama kalinya KIBAD ada LOGO Khas. KIBAD sudah bermula sejak 2015 tetapi biasalah, benda baru, pengalaman belum ada.

Tapi berbekalkan pengalaman KIBAD03 dan KIBAD04, kini KIBAD05 melangkah gagah dengan pelbagai perubahan ketara seperti logo di atas. Perubahan besar lain ialah kami bermula sejak SETAHUN sebelum UPSR, berbanding sebelum ini yang bermula agak lewat.

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih banyak tentang KIBAD05, sebelum anda buat keputusan untuk JOIN, jika anda ada anak yang lahir pada tahun 2005 dan berniat untuk join.

PERINGATAN : Kami hanya menerima mereka yang SERIUS nak join. Sanggup berkorban masa, tenaga dan kesenangan diri masa kini untuk membantu anak mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2017.

In shaa Allah.

Kita mulakan dengan testimoni, kemudian penerangan tentang sejarah, perkembangan dan pencapaian KIBAD05 termasuklah pencapaian anak2 KIBAD05.

Bismillahirrohmanirrahim......

TESTIMONI A
 - 2 bulan selepas menyertai KIBAD05
========================================










(1) SEJARAH KIBAD
================
A) KIBAD03
----------------
Bermula dengan KIBAD03 (K03) pada Nov 2014 dan diasaskan oleh Encik Amir Hamdzan bin Hamzah (HT Amir)

Sejarah tercipta apabila 30% anak-anak KIBAD03 berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2015

Ahli semasa K03 adalah seramai 85 orang

B) OBJEKTIF & PERKEMBANGAN KIBAD
---------------------------------------------------------
1. KIBAD ialah sebuah Kelab Sosial yang tidak bermotifkan keuntungan atau komersil

2. KIBAD ialah sebuah Parents Support Group atau Kelab Sokongan Ibu Bapa

3. Objektif utama adalah untuk saling belajar dan membantu agar dapat membimbing anak masing-masing yang lahir pada tahun tertentu, seperti dalam nama KIBAD (contohnya KIBAD03 untuk membantu anak-anak yang lahir 2003) untuk bersedia menghadapi peperiksaaan UPSR

4. Maka terhasil MISI 5A dan Visi Universiti yang dipegang kukuh oleh setiap ahli KIBAD.  KIBAD bertunjangkan kepada Bengkel Bijak Belajar (BBB) yang bertujuan untuk mengUBAH 3S anak-anak KIBAD iaitu:
a) Melahirkan dan Menaikkan SEMANGAT diri mereka untuk belajar
b) Membentuk SIKAP diri yang baru, sikap yang positif terutamanya dalam hal belajar
c) Mempelajari SISTEM diri dan sistem belajar yang berkesan dan komprehensif
5. Idea untuk menubuhkan KIBAD datang daripada HT Amir yang mempunyai anak sulong berumur 11 tahun pada tahun 2014. Beliau tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman untuk membantu anaknya bersedia untuk UPSR dan mendapat idea untuk menghimpunkan ibu bapa lain seperti beliau untuk membantu satu sama lain.

6. Usaha beliau berhasil apabila 100 orang yang berminat dan mula bekerjasama dalam KIBAD05.

7. K05 mendapat sambutan amat menggalakkan sehingga dibuat KIBAD 2 yang menyaksikan keahlian meningkat sehingga 200 orang dan platform keahlian ditukar dari WhatsApp kepada Telegram.

8. Walaubagaimanapun langit tidak selalunya cerah. Terdapat masalah. Group Telegram dibubarkan dan kembali kepada WA sahaja.

9. Sejak dari itu, K05 tidak menoleh ke belakang lagi dan ahli-ahlinya terus menjalinkan persahabatan umpama sebuah keluarga.

10. K04 pula dimulakan dalam bentuk yang lebih komersil di mana yuran perkhidmatan dikenakan untuk kerja-kerja pentadbiran yang dijalankan atas usaha-usaha tambahan yang dicadangkan seperti untuk membuat Ujian Diagnostik Bulanan dan disemak oleh guru-guru cemerlang dan pemeriksa soalan.

11. Namun kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan. Perancangan tidak menjadi. Maka pengasas KIBAD terus menukar format komersil kepada format social seperti K03.

C. FALSAFAH KIBAD
-------------------------------
KIBAD berteraskan kepada Konsep 3S iaitu:
1. SEMANGAT Bekerjasama
2. SIKAP Positif
3. SISTEM Berkesan
SEMANGAT bekerjasama ditekankan pada awal-awal penubuhan KIBAD melalui sesi berkenalan, saling membantu jika ada rakan ahli yang baru masuk atau tidak faham, penubuhan Buddy Sistem, penubuhan Support Group dan banyak lagi. 
SIKAP positif ahli-ahli KIBAD amat ketara dengan semuanya secara automatic menjadi penyabar dan tidak melenting di dalam group WA. Tidak ada seorang pun yang akan menggunakan NADA TIDAK PUAS HATI atau MARAH dalam group. Jika ada apa-apa ketidakpuashatian, yang mana hampir tidak pernah ada kerana aura group yang sangat positif, penyelesaian akan dicapai secara baik. 
SISTEM berkesan adalah hasil daripada pengalaman KIBAD itu sendiri. Pengalaman mendewasakan kita. Begitu juga KIBAD. Pada umur 2 tahun sekarang ini, KIBAD masih lagi belajar kerana BELAJAR itu sendiri adalah salah satu SISTEM BERKESAN yang digunakan. 
3.1 SISTEM BERKESAN 1 – BIMBING DIRI SEBELUM BIMBING ANAK
Ahli-ahli KIBAD disarankan agar BELAJAR segala ilmu yang diberikan dalam KIBAD agar mereka dapat membimbing anak mereka pula di rumah. Inilah kekuatan utama KIBAD. Semua ahli tidak lokek berkongsi ilmu. Terdapat dua sumber ilmu untuk dipelajari iaitu yang rasmi, yang dikongsikan oleh HT Amir dan yang tidak rasmi, iaitu yang dikongsikan oleh ahli-ahli KIBAD yang lain sama ada dalam Main Group (MG) atau Sub Group (SG)

Ahli tidak digalakkan untuk bertanya soalan-soalan remeh di MG yang boleh dipelajari sendiri dari sumber-sumber utama seperti Dokumen Panduan ini, dari Buddy, dari SG dan dari sumber-sumber lain seperti dari internet. Maksudnya segala masalah mesti cuba diselesaikan sendiri sebelum ditanya di Main Group. Ini untuk memastikan perbincangan di MG adalah terhad dan terkawal serta tidak menjadi caca marba. 

3.2 SISTEM BERKESAN 2 – UBAH DIRI SEBELUM UBAH ANAK
Sebagai ibu bapa kita sering nampak kekurangan, kelemahan dan kesalahan anak. Contohnya kita sering menyalahkan anak TIDAK BELAJAR bila keputusan peperiksaan menjunam. Tetapi kita lupa, satu jari tunjuk pada anak, 1 lagi menghala ke tempat lain dan 3 lagi menghala ke diri kita sendiri. Maknanya kita yang paling bersalah. Selalunya begitulah. 

Maka kita perlu UBAH DIRI sendiri dahulu sebelum kita nak mengubah anak kita. Perubahan pula tidak akan hadir sekelip mata sama ada diri kita atau anak kita. Kita telah jadi BEGITU sejak puluhan tahun yang lepas. Anak kita sudah jadi BEGITU juga sejak bertahun-tahun yang lepas. Maka, tidak mungkin boleh diubah sekelip mata. 

Jadi, perubahan perlu sedikit demi sedikit tetapi konsisten. Namun begitu, perubahan boleh menjadi besar dan agak mendadak jika ada orang lain yang membantu kita seperti KIBAD. Kumpulan Sokongan seperti ini amat membantu memberi kita kekuatan, semangat, panduan, dan sistem yang akan mendorong perubahan sikap kita dan anak. In Shaa Allah. 


(2) KIBAD04
==========
Kemudian KIBAD04 ditubuhkan pada Nov 2015. Anak-anak K04 baru sahaja selesai menduduki UPSR pada minggu lepas. Ahli semasa K04 adalah seramai 45 orang.

(3) KIBAD05
==========
Kemudian KIBAD05 ditubuhkan pada Sep 2016. Anak-anak K05 bakal menduduki UPSR pada September 2017. Ahli semasa K05 adalah seramai 85 orang

(4) KIBAD06
==========
Sama seperti sejarah KIBAD05, KIBAD06 akan bermula September setahun sebelum UPSR. Maka bulan depan akan bermula KIBAD06.

KIBAD06 sebenarnya ialah Kumpulan Sokongan Ibu Bapa yang menggunakan WhatsApp sebagai platform berkumpul dan berbincang CARA untuk bantu anak.

Setakat ini ada (9) ahli sahaja.

Group WA tu FREE tapi nak join group tu WAJIB melanggan portal pembelajaran Sasbadi iaitu iLearnAce.

Semua 110 ahli KIBAD05 telah melanggan iLA sejak bulan September dan tiada seorang pun yang menyesal atau mengatakan iLA tidak bagus

Malahan ahli yang telah mengikuti segala panduan dan sistem yang saya sarankan telah mula mendapat HASIL dengan peningkatan dalam peperiksaan di sekolah dan perubahan sikap serta semangat anak untuk belajar si anak, contohnya Danish anak Puan Umi.

Keputusan di tangan tuan/puan sama ada ingin join kami di KIBAD06 atau sebaliknya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...