Friday, 20 March 2015

Usah PAKSA anak suruh belajar kalau kita sendiri MALAS belajar
















Saya nak berkongsi pengalaman menyertai Bengkel Penulisan BI untuk anak2 yg lemah BI.

1. Anak-anak ini awal-awal lagi dah dilabel LEMAH oleh ibu bapa mereka dan kita semua. Natijahnya, mereka sendiri akan rasa dan PERCAYA diri mereka LEMAH. Sad but TRUE.

2. Don't get me wrong. Anak2 ini MEMANG LEMAH. Hmmmm....which one is right then? To say they are LEMAH or NOT TO SAY they are lemah? Wait....I'm not done yet.

3. Kita boleh kata mereka LEMAH, hanya sekadar untuk MENYEDARKAN mereka yang mereka lemah,. Just to tell them and let them know WHERE they are. Full stop.

4. After that, kita mesti BOMBARD mereka dengan BELIEF and VALUE SYSTEM that kelemahan hanyalah ILUSI. Kelemahan hanya SEMENTARA. Kelemahan exactly just that, KELEMAHAN.

5. We must always TELL them, again and again, that kelemahan BOLEH DIATASI. Berilah contoh mereka yang dah berjaya mengatasi kelemahan berbahasa inggeris, contohnya saya sendiri. Dan ada banyak lagi contoh, real life examples.

6. Give them some space. Give them TIME to improve. Maksudnya jangan terlalu memaksa anak untuk berubah jadi pandai SEKELIP MATA, SEPANTAS KILAT. It's IMPOSSIBLE. Cuba ingat2 kembali, kita dulu, masa umur macam anak kita, kita 'terer' BI ke? Dan kalaulah kita tak terer, kemudian mak bapak kita PAKSA kita suruh pandai BI cepat2 padahal kita TAK TAHU dan TAK MAMPU, boleh ke kita? Suka ke kita? Silap2 kita pun naik meluat dan benci dengan constant pressure from parents kita. Kan?

7. Last but not least, we must SHOW them HOW to do it. Kita jangan hanya pandai suruh suruh dan suruh. Kita mesti tunjuk cara. Kalau kita sendiri tak pandai BI, usah nak pressure anak sangat. Kita sendiri turun padang! Kita sendiri bukak kamus dan belajar! Kita sama2 belajar dari level buku SE. Belilah buku SE1234. Kita sendiri hafal kandungan buku MBBI. Kita sendiri baca EIM. Kita sendiri cuba semua latihan dalam Writing Kit 12345 dan semua buku PEU Sekolah Rendah dan menengah. Last sekali buat EGH dan semua buku UPSR, PT3 dan SPM level. Kita belajar semua ni SAMBIL kita suruh anak belajar, baru kita TAHU SUSAHNYA nak belajar BI. Yet, at the end of the JOURNEY/ADVENTURE kita akan DISCOVER yang BI itu amat MUDAH sebenarnya!

Cubalah! Baru tau!


20.3.2015

Wednesday, 11 March 2015

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa TERBAIK di Malaysia (KIBAD)



Bengkel sehari suntuk di UIA:
- di Mini Audi
- Breakfast, 2x Tea break, Lunch, Door Gift, Roti
- Module
- 4 slots dengan 4 speakers
- dll

Semua di atas hanya bayar RM50???

Tak masuk akal, but it is TRUE.

Hanya dengan kerjasama JITU dan MANTAP sesama ibu bapa yang IKHLAS ingin melihat anak-anak berjaya dalam UPSR secara khusus dan dalam hidup secara amnya.

Itulah KIBAD.

Tapi apakah itu KIBAD?

Jom baca....

"Apakah itu KIBAD?
===============
KIBAD bermaksud Kelab Ibu Bapa Anak DuaRibuTIga, maknanya sebuah kelab informal untuk ibu bapa yang ada anak yang lahir pada tahun 2003. Jadi pada tahun 2015 ini, anak2 kita akan menduduki UPSR.

Mengapa Admin menubuhkan KIBAD?
===============================
Anak Admin yang sulong juga lahir pada tahun 2003. Jadi itulah yang menjadi punca mengapa Admin menubuhkan Group FB Ibubapa Terbaik 2003 sejak bulan Ogos 2014. Admin berpendapat, seorang diri Admin tak kuat dan akan terlepas pandang banyak perkara dalam usaha untuk membantu anak pertama menduduki UPSR, tetapi sekiranya berjemaah lebih memudahkan. Sememangnya ini benar sekali. Terlalu banyak faedah yang admin dan ahli2 lain telah perolehi sejak tertubuhnya KIBAD!

Penubuhan Whatsapp Group 1
=========================
Sambutan terhadap FB Group pada mulanya amat menggalakkan, tetapi semakin hari semakin suram. Oleh itu, pada penghujung bulan November 2014, Admin menubuhkan pula Whatsapp Group untuk ibu bapa yang ingin berinteraksi lebih kerap dan pantas, atas matlamat yang sama seperti FB Group.

WA Group tersebut amat berjaya. Beratus-ratus mesej dan kadangkala sehingga lebih seribu mesej sehari direkodkan. Ibubapa sangat aktif. Bukan aktif berbual kosong tetapi berbual dengan penuh matlamat. Hasilnya, seawal 9hb Dis 2014, berpuluh-puluh idea untuk membantu anak2 2003 telah diutarakan. Salah satu idea tersebut adalah untuk menganjurkan seminar teknik belajar  telah dianjurkan dengan jayanya pada 18hb Jan 2015.

Sejak daripada itu, kami tidak menoleh ke belakang lagi. Sekitar tarikh itulah, KIBAD dilahirkan. Admin yang mencipta nama KIBAD agar lebih mudah dan kekal sehingga kini.

Penubuhan Whatsapp Group 2
=========================
Pada awal WA Group, admin menghadkan 100 orang sahaja dan hanya 1 group sahaja. Tetapi sambutan yang hebat daripada mereka yang tidak dapat masuk menyebabkan admin membuat rules dalam WA termasuklah  rule tentang sesiapa yang tidak aktif dalam masa 30 hari berturut-turut akan di REMOVE. Ini menyebabkan ahli WA KIBAD lebih rapat. Lebih aktif. Tiada yang mahu di REMOVE. Rata2 mengatakan mereka sayang KIBAD. Ada yang mrayu-rayu jangan dikeluarkan apabila ditanya mengapa admin tak patut remove mereka (Admin tanya soalan kepada semua ahli).

Oleh kerana permintaan yang tak dapat dipenuhi, kasihan pada yang menunggu lama untuk masuk, Admin membuat keputusan untuk menubuhkan WA Group yang baru pada 14hb Jan 2015. Jadi Group WA awal menjadi KIBAD1, dan yang baru dinamakan KIBAD2. KIBAD1 dan KIBAD2 digabungkan menjadi KIBAD semula.

Admin tidak dapat membentuk KIBAD2 sepertimana KIBAD1 terutamanya kerana kekangan masa. Admin tidak mampu untuk membalas setiap PM ahli baru sepertimana KIBAD1 dulu yang ditubuhkan sewaktu cuti sekolah. Pada awal tahun ini, Admin dan ibubapa lain semuanya amat sibuk. Jadi KIBAD2 bermula agak perlahan dan tidak teratur.

Admin tidak berkesempatan untuk menguruskan KIBAD2 sepertimana KIBAD1. Akibatnya ahli2 dalam KIBAD2 tidak serapat ahli2 dalam KIBAD1. Walaubagaimanapun, ahli2 KIBAD2 dalam subgroups boleh dikatakan rapat dan saling membantu. Cuma kerjasama itu belum nampak pada tahap Main Group (group utama). Malahan KIBAD2 juga telah sepakat untuk menganjurkan seminar bijak belajar kami sendiri pada 15hb Feb 2015 nanti di UIA juga.

Siapa Admin TIDAK PENTING!
========================
Ada juga ahli yang tertanya-tanya siapakah admin dan admin menjawab, siapa admin tidak penting kerana group ini milik kita bersama. Kita sama-sama menjayakannya, DEMI ANAK2 KITA!

Ada juga yang masuk KIBAD tanpa tahu apa itu KIBAD. Maka disebabkan itulah admin membuat nota ini. Supaya kita semua kembali ke matlamat asal kita, sebagaimana Admin mula2 memberi SYARAT untuk join WA Group iaitu untuk KOMITED membantu anak2 kita mengharungi UPSR 2015 dan apa2 sahaja lagi dalam hidup mereka selepas ini. KEIKHLASAN kita amat penting dalam hal ini. In shaa Allah jika kita bersatu, misi 5A dan Visi universiti anak2 kita akan tercapai.

Itu sahaja yang ingin Admin coretkan. Sekiranya ada pertanyaan, admin cadangkan boleh dibuka topik ini sama ada di FB Group atau di WA Groups.

Terima kasih.

Admin
29hb Jan 2015
3.41am"

Itu coretan pada 29hb Jan.

Selepas daripada tarikh itu, kami telah mengadakan pelbagai BBB Mini seperti BBB Mini BI dan BBB Mini Mindmap. Minggu depan akan join Bengkel Mommy Deeba pula. Bulan 5 in shaa Allah BBB2 di Melaka beserta Family Day.

Hari ini dah masuk 11hb Mac. Bagi KIBAD1 dah 4 bulan HIDUP. KIBAD2 dah 2 bulan.

4 bulan dan 2 bulan sebenarnya amat singkat bagi NYAWA sesebuah persatuan ibu bapa. Tetapi FAEDAH menyertai KIBAD melebihi, melangkaui jangka masa tersebut.

Jom layan apa testimoni ibu bapa KIBAD selepas 4 bulan dan 2 bulan menyertai KIBAD1 dan KIBAD2 pula....





























Permintaan untuk saya mewujudkan KIBAD3 amat HEBAT...tapi saya sudah TAK MAMPU. Dengan KIBAD1 dan KIBAD2 sahaja pun dah banyak masa saya yang habis.

Jadi besarlah harapan agar lebih ramai ibu bapa yang boleh tampil untuk memimpin group seperti KIBAD ini.....agar bangsa kita dapat lebih maju ke hadapan melalui KERJASAMA.

Bulat air kerana Pembetung
Bulat manusia kerana Muafakat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...